Thursday, June 6, 2013

Our Baby is On the Way - Insya Allah


 8 minggu 4 hari

"Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah dan sihatkan lah isteri dan anakku di dalam kandungan, Amin ya rabbal alamin"


Doa Semasa Hamil , Amalan Semasa Mengandung &akhlak suami isteri ketika isteri mengandung

timbullah banyak amalan2, zikir2 serta surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:

Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
dan sebagainya.


Doa semasa hamil – "Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Semasa mengandung juga digalakkan menjaga lidah, menjaga sikap, menjaga perangai, menjaga hati dan sebagainya, agar anak yang dikandung beroleh segala kebaikan dan keberkatan.

Malah, termasuk juga si bapa, digalakkan memperbanyakkan amalan sunat, mengaji, bersedekah, bersabar, tenang dan gembira agar proses mengandung dan bersalin berlangsung dengan selamat dan anak yang bakal lahir akan terjaga emosinya dan mendapat rangsangan awal.

Orang2 tua juga ada petua tersendiri untuk ibu mengandung seperti tak boleh makan benda2 sejuk dan berangin, tak boleh memburu binatang, tak boleh siang ikan, tak boleh potong binatang, bawa paku dan sebagainya.
Mungkin sebab itulah Allah berikan nikmat syahid kepada ibu yang meninggal semasa melahirkan anak. Bukan saja pengorbanan sakit melahirkan, tapi juga banyaknya amalan semasa mengandung. Agak2 kalau time lain, memang tak layak langsung nak dapat syahid, tapi masa mengandung memang solehah habis.

Alangkah menariknya jika amalan2 tersebut dapat dilakukan secara berterusan, bukanlah sebab kita sebagai ibu, tapi kerana kita juga sebagai hamba. Allah menyukai amalan yang istiqamah – amalan yang sedikit tapi berterusan. Lagipun, dengan meniatkan amalan2 semasa mengandung untuk dapatkan anak yang begini-begini, dapatlah anak yang begini-begini, tapi apakah kita pernah terfikir akan pahala yang kita dapat kerana niat yang bukan Lillahi Taala?

Tapi bagus juga la, sekurang2nya ada juga masa dalam hidup ni yang mana kita fokus terhadap ibadat dan menjaga akhlak kan. Kalau masa lain tu tak tentu lagi.

Sebetulnya, saya tiada amalan/surah/doa tertentu semasa mengandung. Saya meneruskan pembacaan al-Quran seperti biasa kerana saya percaya al-Quran adalah Syifaa’, dan juga membaca surah2 di atas tadi tu sebagai tambahan.

Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita ibu2 ni untuk melakukan suatu amal yang istiqamah dan sentiasa dapat dicontohi oleh anak2 kita, dan yang penting membanteras amalan2 yang tak ada kena mengena dengan hakikat kehidupan sebenar (amalan2 khurafat, etc.) dan roket sains.

2. Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangannya. Perempuan yang sedang hamil digalakkan memperbanyak mendirikan solat malam, solat sunnat, sentiasa menutup aurat.Manakala suami juga dituntut memperbanyakkan ibadat, berpuasa sunat terutamanya pada hari hari yang disunnatkan iaitu Isnin dan Khamis. Ibu yang hamil juga adalah digalakkan untuk sentiasa membaca makthurat terutamanya setiap kali selepas solat.

3. Memperbanyakkan membaca Al-Quran, ibu-ibu yang mengandung perlu memperbanyakkan membaca Al-Quran dan cuba memahami makna bacaannya. Antara ayat-ayat Al-Quran yang elok dibaca ialah : surah Al-Fatihah, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-nahl ayat ke 78 dan surah al-A'raf ayat 189. Selain ibadah ia juga dapat memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat dan sempurna, anak yang patuh dan taat pada Allah dan Rasul-nya.

4. Sentiasa berakhlak yang baik. Bagi ibu-ibu yang hamil hendaklah sentias menjaga akhlaknya dan bersikap baik kepada jiran tetangga, tidak suka berborak- borak kosong dengan jiran kerana sikap yang tidak elok ini boleh mempergaruhi anak yang akan dilahirkan kelak. Perbanyakkan membaca Al-Quran daripada berborak-borak kosong. Demikianlah amalan yang dituntut bagi ibu yang hamil untuk mengamalkannya semoga Allah akan memberi ganjaran pahala kepadanya dan diharapkan anak yang akan lahir nanti anak yang betul-betul taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapanya.

Akhlak Suami kepada Isteri yang hamil

Sebagai suami pula, kita mestilah mempunyai akhlak yang baik dan memperlakukan isteri dengan baik tambahan pula di sedang hamil. Suami tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. Di antara perkara-perkara yang perlu dipenuhi oleh suami ialah:
sentiasa bersikap kasih sayang terhadap isteri.

  1. sentiasa bersikap jujur dan tidak berlaku kejam terhadapnya.
  2. jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam
  3. keadaan marah, banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba
  4. mengingati keadaan manis dan jasa isteri.
  5. Janganlah kerap mengeluarkan perkataan Talaq kerana ini dapat mengganggu perasaanya dan juga kandunganya.
  6. jauhilah daripada merendahkan isteri di depan orang ramai.
  7. hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri.
  8. bantulah isteri dalam kerja-kerja rumah.
  9. cuba fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya.
  10. berilah semangat dan perangsang kepada si isteri dalam melakukan sesuatu agar beliau bertambah semangat. Tenagkan hatinya selalu jika dia mengalami kesusahan atau kesulitan.
  11. bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan Ibadah.


Akhlak Isteri terhadap suami ketika hamil
  1. menunjukkan sifat kasih sayang terhadap suami
  2. menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji.
  3. Taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hokum Allah.
  4. jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga.
  5. hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya.
  6. apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan hati suami.
  7. berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was terhadap suami.
  8. jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain.
  9. jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada.
  10. jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan Janganlah sengaja mencari-cari kesilapan suami.
  11. jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri.

No comments: