Tuesday, January 3, 2012

Kisahku Part 1

Tgh dok asyik wat keja tetiba opismate aku - Hariza...buka lagu nostalgia
awal 90-an.. dengan tidak semena2 terimbau kembali zaman kanak2 ku...
seperti yang telah dinyatakan, aku ada adik beradik yang ramai iaitu 7
orang.. setiap hari merupakan hari yang menyeronokkan bagi kami sebab setiap
hari ada je aktiviti yang dilakukan..

dulu aku sangat rapat dengan abgku didi..memandangakan usia kami hanya beza
1 tahun, jadi hubungan kami sangat2 rapat dan ramai yang mengatakan kami kembar
walhal muka kami agak berbeza.. aku ingat lagi kami pernah pancing ikan sepat
kat longkang tepi jalan besar berdekatan dengan rumah aku..biasanya kitorang
akan kuar ramai2..masa tu member kami sharil, chacha dan husni.. kami 5 org ni
mmg boleh dikategorikan penduduk tetap longkang2 dan parit2 disekitar batu
pahat..tak tau kenapa dulu suka sangat main kat longkang..ingat lagi yang
kitorang ada markas kat bawah longkang besar depan kawasan perumahan ‘town
board’... kalau ada apa2 aktiviti je sure akan berkumpul kat situ.. antara
aktiviti selain dari melongkang, kitorang lastik burung, buat pondok bawah
pokok berhantu depan umah mak aji, panjat2 pokok belakng umah cikgu brahim,
tangkap katak,berudu,belalang dan mcm2 binatang untuk dibuat sup kat parit
depan umah mak yam, hihihihi...

tapi lama kelamaan bila da besar, masing2 da mula bawa haluan sendiri.
Husni pindah umah dengan keluarga dia, sampai sekarang kitorang x pernah jumpa
lepas tu. Sharil n chacha plak duduk umah parent dia kat taman lain, raya je
jumpa itupun kalau terserempak.. yang tinggal hanya aku dan abg aku sahaja.. tp
kitorang walaupun berdua tetap ada aktiviti. Walaupun kami sangat rapat tp kami
sangat kerap bergaduh, boleh dikatakan setiap hari walaupun sebab yang sangat
kecik sebesar kuman.. mak ayah n nenek
sampai penah ugut nak bagi kami minum air 7 longkang supaya berbaik, hahaha...
ingat lagi mak selalu ckap, “korang sekarang mmg asyik gaduh je tp nnti bila
jarang jumpa baru tau”.. hihihi.. ada benar gak tu...

Lepas je SPM, aku n abg didi berhijrah ke KL.. masa tu kitorang berdua mmg
sangat teruja nak dok kl tp memandangakan kitorang kena duduk umah abg jat (abg
sulong aku yang da berkahwin) membuatkan hidup kami agak sengsara.. bukan
sengsara apa pun, bukan kena dera fizikal tp mental oleh bini dia yang sangat x
serupa org tu.. hampir 1 tahun gak aku duduk dengan mereka... bila teringat
balik mmg sakit hati sebab bini dia penah panggil aku n abg ‘’sampah besar yang
susah dibuang’’.. benda ni abg jat xtau sebenarnya sebab bini dia sangat pandai
berlakon baik depan dia.. setiap kali
dia masak, mesti tinggalkan nasi dengan tulang ikan goreng untuk
kitorang..hari2 alasan yang sama – terlupa masak lebih... adoi.. setiap malam
kitorang kelaparan dan beli 2 cucuk steamboat kongsi 2 org kat bawah umah...

Aku ada seorang lagi abg bwh abg jat namanya abg as, waktu tu dia kerja
sambil belajar di UPM, dia tinggal di serdang.. walaupun hidup dia sangat
ringkas dan mcm serabut tp dia abg yang
sempoi dan best.. jadi setiap hari jumaat, aku n abg didi akn pi kolej siap
packing bju untuk direct ke umah bujang dia kat sri serdang, kitorang akan sampai lewat petang sebab kena naik 3 bas untuk
kesana.. biasanya dia xda kat umah waktu
tu so kami akan tggu dia kat restoran maulana area2 situ... dia bawa kitorang
makan dan balik ke umah dia.. bilik dia Ya Ampun!!!.... sangat2 sepah,
berselerak,berdebu,bersawang dan ber2 yang lain.. sampaikan bekas nasi yang aku
beli bulan lepas untuk dia pun masih ada lagi penuh dengan puntung rokok..
setiap kali aku sampai, mesti aku akan longgokkan kain baju dia ke tepi katil untuk
baring... kalu x, mmg tido atas longgokan kain.. bila malam lewat skit je, dia bawa kitorang
pi tmpat lepak dia kat area sri serdang.. dia sangat hebat main pool snuker..
siap jana pendapatan lagi, hahaha.. masa
tu aku dok terpikir2, boleh masyuk ke mcm ni? Dia ckap dia banyak join
perlawanan main snuker, so setiap kali perlawanan dia akan menang...kdang2
boleh dpt banyak.. dengan duit tu la dia buat study dan kumpul duit untuk
kawen, ya! Dia akan kawen awal tahun 3 tahun depan (2003) tp masih lagi hidup
dalam keadaan huru hara, nasib badan.. kitorang lepak kat tempat dia sampai kul
6 ke 7 pagi, sampi umah je, matahari da terik, kan sabtu ahad, dia pun cuti
gak, hihihi... kitorang tido skejap
kemudian bersiap ikut dia pi fakulti.. memandangkan abg as belajar dalam
jurusan perhutanan, so fakulti dia pun da mcm dalam hutan, seriau je tgk sebab
abg as selalu cerita kisah seram pasal fakulti dia, huhuhu... dia tutor di
sana, so aku pun ada gak tgk2 dia marah student dia yang x score tp aku ingat
lagi 1 hari tu tetiba dia minta aku wat scoring system dalam masa 30minit sebab
nak tunjuk student dia cara kira markah (assessment/quiz/tutorial/exam) plus
markah2 kerja amali dan bagai.. dia punya formula boleh naik pitam wooo... dia
leh plak cabar aku. “ko kan student computer science, xkan system simple camni
ko xleh wat?” ahaks! Tetiba aku SENTAP dengan statemant tu, dengan perasaan
yang membuak2, aku buatla system yang serba ringkas tu guna VB.Net n XHTML..
eh! Siap plak tp ada formula yang lari skit sbb aku terset rounding number
dalam script formula.. tp masih boleh diguna pakai..

Pastu dia ajak kitorang pi makmal dia, masuk2 je ada 4 org lain yang sangat
kusyuk depan PC, seriau plak aku tgk sebab muka masing serius.. ttba sorang
mmber dia tanya aku, “ko pilih warna biru dan amk korea”, terkesima plak “apa
yang biru? Apa yang korea?”.. terus abg as sound “ko nak main red alert x? Kalu
nak, ko amk pc hujung tu”...erk! rupanya kusyuk main red alert, hahahaha!!! Game
favourite aku....abg didi plak x suka main game2 mcm ni, dia lebih prefer surfing dan YM dengan awek dia, hihihi....... kalu main game ni dgn mmber2 kolej, aku
yang bedal dorang tp dengan dorang, aku yang jadi lauk.. x sampai setengah jam
aku da game over, ceh!!! Pembulian sungguh!

No comments: