Sunday, January 29, 2012

Tough Week!~

APA KHABAR! HELLO! KABARE! AGAKAREBA! KABAKELIAQ!

Semuanya mempunyai maksud yang sama iaitu bertanyakan tentang keadaan
sesorang.. Kenapa ''tough week'' ar? hmmm.. Well.. actually aku n wife baru
saja mengalami kehilangan yang tak disangkakan iaitu wifeku mengalami
keguguran.. hmm.. sedih tu mmg sedih sebab anak pertama kami tp apa nak buat,
setiap benda yang berlaku ada hikmahnya.. so kenalah terimanya dengan redha..
huhuhu... tapi kan, bila ingat2 balik, rupanya aku ni ada juga perasaan yang sensitif
bila mengetahui yang wife aku gugur, ttba sebak gila sampai nak pecah dada tp
memandangkan aku pelakon yang agak hebat pendam perasaan dan airmuka, aku buat
gak muka selamba..

tp bila aku ingat2 balik waktu kejadian itu berlaku, aku ni jenis panik gak
rupanya, adoyai, padahal aku ni jenis yang tenang je sebelum ni.. maybe sebab
melibatkan nyawa kot.. dengar je wife
aku kena pendarahan yang teruk dalam toilet sampai darah kuar banyak gila mcm
air paip, aku terus minta EL kat bos n bawa dia balik ke johor, huhu!! Agak
drastik kan??? Bak kata kakak aku “hey! Kat KL dah xda hospital ke?, sian bini
ko dalam kesakitan sebab perjalanan jauh”, huhu!!! Masa tu baru terpikir..
sebab aku hanya percayakan doktor n bidan kat johor je sbb sebelum ni pun wife
aku ada jumpa doktor kat klinik bawah opis.. ada ke bini aku mabuk2 loya n
pening disebabkan mengandung dia kata ada masalah ketumbuhan otak.. sewel yang
amat! Pastu terus kitorang blackklistkan klinik tu.. perjalanan sejauh 4 jam
telah aku singkatkan menjadi 2 jam setengah.. peh laju tu padahal bawa myvi
jer.. sampai je umah, mak aku kuar sambut memantu dia yang dalam keadaan pucat
lesi dan jalan ala2 angkasawan itu... terus rehat dalam bilik sebab 2 jam lagi
nak pi jumpa bidan..

sesampai je umah bidan, muka wife aku ketakutan yang amat sebab dia dpt
rasakan kesakitan yang akan dia kena nnti.. sebagai seorang suami yang budiman,
aku telah mmberitahu beliau bahawa bidan ni kalu urut, mmg sakit gila dan mcm
nak tercabut nyawa, ngeh! ngeh! ngeh! sebab dia urut point (waktu2 camni pun
masih nak sakat bini, teruk kannnnn??).. mmg akan menggelupur mcm org kena
kejutan elektrik punya sebab terlampau sakit, pastu ok terus.. bila mak bidan
pegang je terus dia cakap yang peranakan dia dah jatuh teruk sampai nak
terkeluar, sbb jatuh atas tilam malam lepas, disebabkan jatuh tu lah dia
keguguran.. yang sedihnya bila bidan check je dalam rahim, dia kata baby dah
xda, hmmmm.. pasrahnya.... lepas je peranakan di naikkan, bidan mula mengurut
bahagian pinggang dan tulang belakang.. pinggang dia mmg da cedera teruk due to aktiviti yang
dia buat masa bujang2 dulu, panjat gunung, jatuh gaung dan mcm2 lagi.. da mcm
hesteria da dia menjerit kesakitan sebab kena urut, maklumla badan x pernah
diurut seumur hidup.. bidan tu suruh dtg lagi urut, kalau boleh sebulan
sekali.. siap gitau lagi selagi pinggang tu x betul, jangan mengandung dulu..
kena da elok betul, baru leh mengandung sebab mengandung memerlukan kekuatan
tulang esspecially pinggang sebab nak bawa kandungan sampai 9 bulan dan meneran
saat melahirkan...

esoknya plak pi jumpa doktor zainab.. ni doktor yang merawat aku sejak dari
kecik lagi, pendek kata kalau aku sakit je, mmg terus jumpa dia.. kiranya dia
tau semua history penyakit aku, huhu.. sampai2 je, dia mesra mcm biasa dan mula
buat check up kat wife aku.. dia kata benda tu da keluar cuma akan ada darah
yang mcm darah nifas keluar sikit2 selama seminggu, so dia bagi antibiotik,
bengkak rahim, tahan sakit, vitamin e untuk pelancaran darah dan kesuburan juga
ubt untuk beri tenaga.. dia juga bagi suntikan untuk mencegah rahim dari
dijangkiti kuman dan kecutkan rahim yang da kembang sbb ada isi sebelum ni...

lepas inject je alhamdulillah dia da semakin ok dan tak terlalu sakit.. da
boleh berbual dan senyum, beza masa mula2 balik aritu.. since keadaan dia da
makin stabil, aku nk bawa dia pi umah mertua di melaka.. at least dptla dia
rehat dengan tenang tanpa rasa segan2 dan bengong2 compare dengan umah parent
aku.. maklumla mak aku ni bukannya kuat sangat nak menjaga tmbahan plak Cuma duduk
berdua je dengan ayah, kalau ada apa2 yang berlaku, susah nnti.. kat umah
mertua plak at least ada adik2, kakak dan anak2 buah dia...

smpai melaka je, wife aku kena pantang mcm org bersalin, hihihi.. sian dia
makan nasi lauk bawang, halia n ikan bilis hari2 tp nak sihat punya pasal, kena
telan gak walaupuntekak kembang2.. kalau aku for sure akan muntah sebab aku
kurang skit mkn ikan bilis..

esoknya hari rabu kitorang pi MAIM (majlis agama islam melaka) sebab nak
amik sijil nikah, sekejap je kat situ tp kat ASNB plak, mak Aiiiii!!!!! Service
super slow, maklumla hari pertama lepas cuti tahun baru cina, berduyun2 org dtg
mcm pi konsert.. ptg tu aku terus balik ke kl sebab khamis aku da start keja..
2 hari bekerja aku tu mmg aku xda mood, ntahla.. mungkin penat kot.. hari sabtu
aku balik semula ke melaka nak jumpa wife..
ahad tgahari balik semula ke KL, kali ni angkut wife skali sbb dia keja
hari isnin.. antara tujuan utama balik tgahari sbb nak elakkan jem plus aku
xnak sampai lambat ke umah shingga malam sebab takut x bermaya hari isnin
nnti.. lain tujuan ialah nak tgk AJL26, huhu.. To my wife “pasrah je lah yea
sebab faizal tahir n yuna kalah, muahahahaha!!!!”.....

No comments: