Sunday, January 15, 2012

Weekend Activity

Ehemmm Ehemmm.. weekend aku minggu ni agak terisi sampaikan
hari ni masih terasa penatnya.. actually da lama x berjimba2 weekend dengan
member lepas da kawen ni.. sbb weekend aku banyak dihabiskan bersama wife di
rumah.. kalau keluar pun, hanya pergi ke tempat2 yang da dirancang dari awal
pastu x banyak tempat yang pi tp weekend baru2 ni aku, wife, janet, yusri dan
boy pi karaoke iaitu aktiviti yang
sentiasa aku elak untuk pergi sebab aku mmg xsuka pi tempat yang bising2,
huhu.. ajakan yusri pada saat akhir telah aku terima selepas diskuss dengan
wife aku.. actually plan asal hari sabtu lepas hanya nak pi JJ je nak shopping
barang kecik, hihi.. sebab kami dapat voucher RM200 dari company sempena hadiah
kawen, ini je masa yang ada untuk digunakan.. memandangkan umah kami berada di
Damansara Perdana, lokasi paling strategik untuk men’JJ’kan diri ialah JJ One
Utama.. kami gerak dari umah around 1pm lepas makan tengahari, on the way ke
sana jalan sangat sesak, semua parking full. Biasanya kalau parking full mcm
ni, aku akan proceed ke tempat parking yang agak jauh skit kat area parkson tp
rupanya penuh gak.. dekat setengah jam gak kami melilau cari parking kat dalam
tu, atas bawah kiri kanan depan belakang semua penuh. Last2 decide nak pi JJ lain,
iaitu JJ Mid Valley, hihi.. perjalanan yang dekat bagi aku tp memandangkan
jalan sesak, dekat 50 minit gak sampai ke situ, wife aku sampai tertido2 dalam
keta.. Seksa gak nak cari parking, akhirnya dapat parking kat Garden – Zon U,
huhu.. agak hulu banat tu.. jauh gak nak jalan ke Mid. Ada gak wife aku tanya,
apesal parking jauh sangat, apa nak wat kalau kat screen available parking
untuk Zon A, B, C, D semua FULL, xkan nak buang masa pusing2 kot, kejang kaki
aku.

Misi mencari barang diteruskan, memandangkan wife aku expert
bab selok belok Garden dan Mid ni, maka tiada kesesatan yang berlaku. Kalau aku
pi sorang, confirm berjam nak cari sebab aku jarang kuar masuk mall, hihi..
maklumlah, kaki umah, jarang nak kuar2 ni.. kitorang settle dekat sejam lebih
je kat Mid ni, rasanya patut awal lagi kot sebab ada minah 2 org yang lama gila
bayar barang, sengal tul... Destinasi seterusnya ialah rumah yusri, hihihi...
dalam perjalanan nak ke sana, ttiba tekak aku teringin gila nak minum air soya
cair, ahaks! Ada kisah sebenarnya soya cair ni, hihi.. actually lokasi
penjualan soya cair ni dekat dengan pangsapuri kawan baik aku, apartment
abdullah hukum.. ada gerai kecik tepi simpang n jarang dibuka.. biasanya dulu
kalau nak amik kawan aku, for sure aku akan beli soya tu sebab aku agak
addicted minum air tu.. dikatakan soya cair kerana air soya yang dijual tu x
pekat dan rasa soya pun hujung2 jer.. kawan aku x suka dengan air tu sebab x
sedap katanya tp aku ni mmg jenis suka minum benda yang cair2.. kdang2 tu kalu
dia turun awal, aku minta dia belikan soya tu dulu, hihihi... Mmg rezeki aku
pada petang tu, gerai tu dibuka,yahoo!! Terus aku minta wife aku belikan soya
13 bungkus (dengan nada poyo), ahaks! Padahal sebungkus pun cukup, hihi.. Nah,
amik aku, dia beli 1 bungkus besar punya, sebesar beg plastik merah beli sayur..
pastu siap sengih2 lagi suruh aku abiskan, fuh!.. tp akhirnya dia gak yang
abiskan, ahaks!

Sampai je umah yus, aku parking keta kat basement umah dia
dan kami semua naik LRT ke Sogo.. huhu!! Lama siot x naik STAR LRT ni, teringat
zaman dulu2 kerana inilah transport utama aku sebelum beli keta dulu.. sampai
je sogo, yus bawa pi Red Box karaoke, culture shock skit sbb x pernah jejakkan
kaki ke pusat karaoke, hahaha!! Teruk tul aku ni, sungguh jakun ok!.. Yang
paling best kat sini selain dari menyanyi mcm nak gila ialah makan buffet mcm
nak gila gak. Abis je 1 lagi aku nyanyi terus pi tmpat buffet n amik makanan
mcm org tak pernah jumpa makanan.. makanannya agak memuaskan hati, berbaloi
dengan apa yang dibayar, maklumla perut tgh lapar, makan apa pun sedap walaupun
rasanya ado ado jer, hihi... Aku tak ingat berapa lagu yang aku nyanyi tp yang
pasti lagi2 yang aku nyanyi ada kaitan dengan diri aku, contohnya Mahakarya
Cinta – ni lagu yang aku selalu nyanyi dengan yus dalam keta masa otw nak pi
jalan2, My Baby You – Lagu ni lagu favourite aku, abg as dan yus, dulu kerap
gak nyanyi lagu ni masa dalam keta, Hidupku kan Damaikan Hatimu – ni lagu yang
aku dan arwah abg didi selalu nyanyi waktu dulu2, Izinkan Ku Pergi – Lagu ni
actually lagu yang aku selalu dengar bila teringat kat arwah abg didi, Sedetik
Lebih – ni lagu aku n wife aku, hihi..sebenarnya dia minat gila lagu2 Anuar
Zain, so aku nyanyikan lagu ni khas utk dia, ahaks, Everyday I Love You – Lagu ni
pun lagu favourite gak, lagu cinta aku, huhuhu!!!.. Dan juga lagu Mimpi yang
Tak Sudah – sangat suka dengan lagu ni, jiwangnya aku, baru perasan, adoii!...
lain2 lagu aku just sampuk2 je buatkan lagu tu lebih sumbang seperti biasa,
hahaha!!!

Masa da kul 9:15pm iaitu masa untuk balik.. badan penat gila
dan tekak perit sebab nyanyi mcm org sawan tp dorang ckap suara aku x dengar
bila kat mic, hmmmmm.. misterinya.... apa pun aku puas hati dengan vokal aku
yang tak sedap itu, hahahaha!!!.. sebelum balik umah, singgah jap umah yus
untuk lepaskan lelah.. minum2 n makan skit2 pastu terus grak balik.. sampai
umah around kul 12 tgh malam, yang hanginnya bila sampai je umah tgk tayar
belakang belah kiri pancit, adoiyaii, apesal plak ni, jalan apa yang aku lalu
sampai pancit, flat lagi, patutla drive pun terhuyung hayang, bahaya sungguh..
tp disebabkan kepala da ting tong ngantok, esok jela pikir nak wat apa.. sampai
je bilik dengan tak sempat mandi terus gone laki bini... sedar2 je pagi,
huhuhu...

Esok pagi sangat liat nak bangun, dekat kul 10 gakla kuar
bilik, huhuhu!!! Pinggang kruk krak, adoii!! Faktor usia sungguh, baru 30
tahun, muda lagi kan kan??.. then melepek je dpn TV tgk cerita yang ntah apa2,
banyak betol citer yang mengarut2 kat Malaysia ni rupanya, maklumla jarang tgk
TV.. wife plak buat sarapan roti susu yang agak sedap tu, hihi.. pas makan,
baru otak mula pikir pasal tayar keta yang da pancit plus nak kena servis keta
sebab da lebih kilometer..ttba nampak simbol RM berterbangan, hahahaha!!! Dengan
sepantas siput, aku ajak wife kuar skali untuk pi setelkan keta.. mula2 pi
stesen minyak pam tayar, kot2 masih boleh pakai sementara nak cari bengkel,
paham2 la bengkel hapa yang buka hari ahad, huhu!!! Dengan tidak berpikir
panjang terus aku menuju ke glenmarie, ke bengkel yang aku selalu pi zaman
study dulu, kat situ harga n kualiti bagus, sangat puas hati.. sampai sana je
tayar da kempis separuh, peh! Punyalah bernasib baik, bengkel tu tutup,
adoiiiii!!! Tak dapatla nak servis keta, nasib baik ada kedai tayar yang buka
kat sebelah bengkel tu.. ingatkan leh servis keta tp rupanya leh wat tayar je,
kalu camtu, sila check tayar kereta yang sedang mengempis itu... nah! Paku tajam
tertusuk baik punya kat tayar tu.. lepas tampal n bayar RM5, terus blah menuju
ke umah pakcik wife aku, umah dia sangat dekat dengan umah abg jat, hahaha!! Confirm
tau jalan sebab pangsapuri orkid tu bersebelahan dengan pangsapuri jasmin, umah
member aku dulu, pnah gak duk sana lepak sehari dua.. masa kat umah pakcik wife
aku, aku gila2 ngantuk, asyik menguap je, huhu.. xtau kenapa kepala aku sangat
pening n mengantuk gila, sangat tak sopan kan? Hihi. Dlm sejam lebih, terus
kami minta izin untuk balik, sampai je umah, pening kepala aku mmg da x boleh
blah, sakit sangat.. terus aku terlelap tido... ZZZZZZzzzzzzz....

Sedar2 je kul 9 mlm, adoi! Makin pening plak kepala aku, tu
lah, sapa suruh tido antara asar dengan maghrib, kan da sakit kepala, xpasal2
sakit jadi double.. kepala plak mamai n sebal sangat.. mamai sampai apa yang
aku ckap pun x ingat, “Sorry yea syg, abg bukan sengaja tp tak ingat apa yang
abg ckp smlm smpai syg rasa sentap sangat”... huhu!!.. then yus call, katanya
dia nak bagi brg dapur sebab dia cuti lama CNY ni sbb nak balik kuching, aku ok
je, hihi.. dalam sejam gitu dia sampai dengan boi.. dtg sekejap je, dalam 15
minit mereka balik.. malam tu aku langsung x boleh lelap, penangan tido ptg
punya pasal.. kul 3 kot baru terlelap balik, now kat opis sambung sakit kepala,
huhu..

1 comment:

aRe_La said...

dulu cpt tersentap sebab pembawakan budak jer..

laaa ni dah kental semula syg.. :)