Wednesday, January 4, 2012

Kisahku Part 2

Setelah puas memujuk abg as, akhirnya kami mengambil
keputusan untuk berpindah keluar dari umh abg jat dan tinggal bersama abg as..
masa tu masih xtau nak tinggal kat mana tp yang penting dekat dengan kampus..
pada ketika itu aku n abg didi Cuma mengharapkan pengangkutan awam sahaja tp
abg as ada motor, hehehehe.. so dia lah yang kena pindah area2 kampus aku,
ahaks...

Cari punya cari akhirnya kami jumpa rumah untuk di sewa di
bandar baru ampang, masa tu da happy gila sebab xsabar nak pindah keluar dari
umah abg jat, masa nak pindah tu kitorang kena tipu.. ingatkan org yang
kitorang bayar deposit tu tuan rumah, rupanya dia pun sewa gak kat situ, habis RM1000 kena songlap, nasib baik tuan
rumah sebenar baik hati dengan kitorang, kalau x, free2 je kena halau n tido
kat tepi jalan, huhu...

Demi menyara adik dia yang masih belajar ni, abg as buat 3
kerja dalam 1 masa yang sama.. siang dia jadi tutor, malam dia mengajar tuition
dan weekend keja data entry kat kelana jaya.. aku plak nak ringankan beban dia
sebab paham yang dia nak kawen, nak kumpul duit lagi.. aku pun apply keja part
time kat pizza hut..jadual aku masa tu kelas dari kul 8 sampai 4.30ptg, kul 5
plak masuk keja sampai kul 1 atau 2 pagi.. abg didi plak amik upah buat banner,
bunting, montaj, website dan logo.. so abg as bayar sewa rumah n bill elektrik,
aku plak cover barang dapur n abg didi duit minyak moto dan barang2 keperluan
lain.

Kitorang mmg x bleh lari dari mengalami maslah duit atau
dikenali sebagai kesempitan hidup, huhu.. memandangkan aku keja kat pizza hut,
aku akan sedaya upaya untuk dptkan pizza, roti, sup atau apa saja yang ada
untuk dibawa balik utk abg2.. tapi x setiap hari akan dpt pizza lebih (pizza
yang org tersalah order). Setiap staff akan diberikan staff meal setiap hari,
biasanya aku dpt untuk dinner sebab aku kerja shift petang sampai malam.. aku
hanya akan amik secubit je pizza dan tapau selebihnya atau aku akan minta abg
aku dtg amik terus di pizza hut.. dorang happy gila bila tau ada makanan,
huhu.. masa tu aku xkisah kalu aku lapar ke tidak asalkan abg2 aku x kelaparan.

Life kitorang masa tu sangat bahagia, seronok dan
menceriakan.. kdang2 sampai ke saat ini aku termimpi2 lagi untuk kembali pada
masa tu.. banyak insiden yang melucukan, menyedihkan dan mencemaskan berlaku..
terlalu banyak untuk aku ceritakan di sini tp yang pasti, biarlah kenangan tu
menjadi kenangan terindah dalam hidup aku..

Abg jat plak jadikan umah kitorang sebagai tempat
persembunyian dia lari kalu gaduh dengan bini dia. Banyak kali gak la bini dia
dtg menyerang umah kitorang dan berperang dalam umah kitorang, masa tu xleh nak
wat apa da.. nak disekeh, abg sendiri..jadi redha jer la.. tp kdang2 dia dtg best gak, sebab dia akan
bawa brg makanan ringan untuk kitorang, at least ada gak benda yang nak
dikunyah2 sambil buat assignment. Abg as mcm biasa kaki main game red alert dan
simcity.. kdang2 tu naik tension gak sebab kitorang Cuma ada 1 PC je.. so masa
abg as xda baru aku dpt buat assignment.. memandangkan aku keja balik kul 2 pagi,
kul 3 atau 4 baru aku start buat, kdang2 menjangkau sampai ke pagi.. penah gak
seminggu tu x tido langsung, last2 kena migrain, huhu.. untuk pengetahuan, aku
kalau migrain agak pelik.. bila penyakit tu dtg menyerang je, mata aku akan
lari allignment, maksudnya tgk lain tapi biji mata pandang ke tempat lain..
lagi satu yang nyata, akan keluar bengkak di atas telinga kiri dan kanan ala2
mcm bola , abg as ckp ‘tanduk’, ahaks!

No comments: